Saturday, 26 September 2015

Pengajian Malaysia

  • Siti Sarah                                                
  • Zulaikha                                                 
  • CheNur Farhana                    
  • Mohamad Hasif
  • Wan Nur Adlin
Pengenalan
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya bersama rakan sepasukan saya menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tokoh” .Tugasan yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagiandaripada tugasan kami.Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kamisepanjang kami menyiapkan tugasan kami ini. Pertama sekali, sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek pengajian Malaysia, PUAN SALIHAH kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini dan telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar untuk menyiapkan tugasan ini.Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan pandangandan nasihat yang amat berguna untuk tugasan kami serta membantu kami tidak kira susah mahu pun senang. Jasamu akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi masa .Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalammenyempurnakan tugasan ini bersama-sama. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikankami maklumat tidak akan kami lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan  kami dijalankan dan dipamerkan. Selain itu, sebagai seorang pemerintah, sikap yang ditunjukkan oleh beliau meliputi ciri-ciri seorang pemimpin yang harus diikuti oleh setiap pemimpin lain. Sikap beliau yangmerupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat,setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawabserta banyak lagi nilai membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Tambahan pula,sikap beliau yang berpandangan jauh ke arah positif dan sentiasa bekerja keras, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan Negara yang tercinta diingati sehingga kehari ini.

 Sekian, terima kasih.


SUMBANGAN TUN ABDUL RAZAK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA




BIODATA TUNKU RAZAK


Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein atau Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya kerana jasa dan sumbangan beliau untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia.Beliau dilahirkan di Pulau Keladi,Pekan,Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein Bin Taib dan Hajah Teh Fatimah Binti Daud.Beliau dilantik untuk menggantikan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-2 pada tahun 1971.Sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota kerajaan,beliau telah banyak memberikan sumbangan khasnya dalam pembangunan negara dan luar bandar.Beliau meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.


Sumbangan dalam arena politik antarabangsa



Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak bin  Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Demi keselamatan negara dan kestabilan serantau, Tun Abdul Razak telah mengubah dasar luar yang bersifat probarat dan antikomunis kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Hasrat Tun Abdul Razak menjadi kenyataan apabila semua negara ASEAN bersetuju untuk menjadikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. Tun Abdul Razak juga mengiktiraf kewujudan negara China bagi mendapatkan sokongan kuasa besar tersebut terhadap ZOPFAN. Untuk itu, Tun Abdul Razak telah menghantar Tengku Razaleigh Hamzah  mengetuai rombongan perdagangan ke China pada bulan  Mei 1971. Kejayaan dalam bidang perdagangan telah memberi impak kepada hubungan diplomatik antara kedua-dua negara apabila China menyokong cadangan mewujudkan ZOPFAN. 



Sumbangan dalam perpaduan masyarakat





Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Di bawah kepemimpinan beliau, Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu. Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun Abdul Razak telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.




Sumbangan dalam pendidikan sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri


Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah  banyak memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan.  Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum. Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa  yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama. Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. 




  Sumbangan dalam pendidikan







Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah  banyak memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan.  Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum. Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa  yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama. Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Sumbangan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein  apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga turut memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957. Beliau telah membawa perubahan kepada angkatan tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan efisien. Sebagai bekas anggota askar wataniah, beliau mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Beliau telah dilantik oleh  Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj iaitu Perdana Menteri ketika itu  sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan. 





Sumbangan dalam pembangunan masyarakat luar bandar 









pada tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan di bawah Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Kementerian ini telah ditugaskan untuk menyelaras, mengesan dan menjayakan rancangan pembangunan di kawasan luar bandar. Agensi seperti FELDA  dan  MARA (dahulunya RIDA)  telah diletakkan di bawah kementerian ini untuk menggerakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Dalam Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah memperuntukkan 44.5% daripada bajet keseluruhan sebanyak RM1100 juta bagi pembangunan ekonomi. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Tun Razak telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat. Tun Abdul Razak telah mengumumkan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di seluruh negara pada 24 Oktober 1960. Rancangan tersebut diadakan untuk menempatkan mereka yang tidak mempunyai tanah sekaligus memajukan tanah tersebut. Tanah-tanah rancangan adalah dibawah pengurusan pihak berkuasa FELDA. Pada permulaannya terdapat 40 tanah rancangan yang disertai oleh 400 buah keluarga. Pelan pembukaan tanah tersebut telah menjadi asas kepada kemakmuran rakyat di kawasan luar bandar. Beliau juga mengumumkan penubuhan FELCRA atau Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan pada 20 September 1964.  Penubuhan FELCRA adalah sejajar dengan hasrat DEB untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum-kaum di  negara ini. Melalui dasar tersebut, hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dapat dilaksanakan. Beliau juga bertanggungjawab merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar  hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'. Sumbangan  Tun Abdul Razak  yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Tun Abdul Razak  melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Beliau sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan. 'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan mennghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi          berdasarkan kaum. Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu. Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit. Selain itu terdapat beberapa agensi lain yang ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar ialah Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA dan Lembaga Pertubuhan Peladang. Justeru bagi memastikan matlamat pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan, Tun Abdul Razak telah melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974. Tujuan utama rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil makanan. Rancangan ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih cergas dalam sektor ekonomi pertanian. Antara program yang diatur ialah menggalakkan tanaman jangka pendek, iaitu tanaman selingan dan bukan tanaman seperti kacang tanah, sekoi, jagung, ikan air tawar, memelihara kerbau, lembu dan sebagainya

KESIMPULAN

Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bangga akan negara kita sendiri . Jangan kita sia-siakan pergorbanan tokoh-tokoh yang telah bertungkus lumus memperjuangkan negara kita pada masa lalu . Hargailah jasa tokoh kita .Bagi menjawab seribu satu pertanyaan mengapa kita perlu mengenang kembali jasa tokoh kemerdekaan negara?Jawapan yang pertama ialah semangat patriotisme.Sebagai contoh, jika kita mencintai sesuatu perkara , pasti kita tidak ingin ada sesuatu yang menyakiti perkara itu ,bukan? Kita akan menghargai sesiapa yang berjaya menyelamatkan perkara yang kita cintai tatkala kita tiada .Begitu juga dengan patriotisme.Kita perlu mencintai Malaysia dan tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada dijajah kembali dan wajarlah bagi kita menghargai tokoh2 kemerdekaan negara dengan cara mengenang jasa mereka.

Bagi mencapai kemerdekaan,tokoh2 yang memperjuangkannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air.

Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat.Mereka telah meletakkan batu asa kepada kemajuan negara dengan cara memerdekakannya.Usaha yang dilakukan oleh mereka wajar kita kenang.Sudah tentu mereka tidak ingin usaha mereka selama ini sia-sia.Sehubungan itu,kita perlu menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam pekerjaan demi kemajuan negara kita.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara adalah kerenah dan masalah sosial remaja.Ramai pihak yang berpendapat mengingatkan mereka  tentang perit getir tokoh2 kemerdekaan dahulu mampu meyelamatkan mereka.Namun begitu,cabaran terbaru yang dihadapi adalah bagaimana kita ingin menerapkannya dalam jiwa para remaja.Langkah2 yang drastik dan pragmatik perlu diambil dengan segera bagi merealisasikan hasrat ini.Generasi zaman sekarang cenderung mempelajari Sejarah semata-mata kerana ingin lulus dalam peperiksaan.Mereka tidak menghayatinya sebagaimana yang diharapkan.Para ibu bapa perlu turun padang bagi membantu menyelesaikan kerumitan ini.Sejak kecil lagi,anak2 perlu diasuh mengenai cerita2 rakyat yang berunsurkan Sejarah dan tokoh2 kemerdekaan.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Begitu juga dengan anak2.Jika kita ingin mereka mengenali toko2 kemerdekaan,kita perlu membiasakan mereka dengan kisah2 tersebut sejak kecil lagi.

Sekolah dan Institusi selaku gedung ilmu pelajar perlu memanipulasi taraf ini bagi menerangkan sifat mengenang jasa tokoh kemerdekaan dalam diri pelajar seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah bagi menaikkan semangat pelajar untuk mempertahankan tanah air mereka. Selain itu, ini adalah salah satu jalan terbaik buat para remaja merasai sendiri pahit getir perjuangan tokoh bagi kemerdekaan negara dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Hal ini dapat menginsafkan para remaja dalam usaha tokoh kemerdekaan mencapai kejayaan dan membuatkan mereka tidak lupa akan tokoh2 kemerdekaan..

Televisyen sebagai saluran media massa yang paling rapat dengan rakyat khususnya remaja dapat memainkan peranannya  yang tersendiri.Filem2 atau dokumentari tentang tokoh kemerdekaan dapat membawa mereka kembali ke masa lampau dan menghayati onak duri yang terpaksa dirempuh oleh tokoh kemerdekaan.Remaja dapat mempelajari sesuatu yang berguna di rumah tanpa perlu pergi ke mana2.Itulah yang dinamakan kemudahan teknologi.

Natijahnya,tokoh-tokoh kemerdekaan sememangnya patrotik kerana mereka sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka demi tanah air yang tercinta.Sebagai generasi pelapis negara ,kita dapat menjadi patriotik dengan cara mencintai tanah air dan mengenang jasa orang yang mencintai tanah air itu.



Lampiran:









Rujukan:







  • buke teks pengajian malaysia
  • http://pekan98.tripod.com/sejarah/riwayat.htm
  • Arkib Negara Malaysia , Kuala Lumpur
  • Sejarah tingkatan 5 , Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur oleh Ramlah Adam
  • Ensiklopedia Malaysia ' TUN ABDUL RAZAK', Jilid 2